Friday, 3 August 2012
Tudung mutiara
Tudung Fareeda ni Mahani beli beberapa tahun lepas dengan kawan Mahani. Dulu, Kak Fareeda ni jual tudung dia dari bonet kereta je. Alhamdulillah kan, sekarang dah ada kedai sendiri.. Mahani serikan dengan mutiara2 comel ni, untuk menampakkan ke'kiut'an si pemakai..iaitu Mahani lah.. hehehehhe... (Perasaan je kan ;p)
Thursday, 26 July 2012
Friday, 20 July 2012
Crumble ladybird busana biru nila
Alhamdulillah, busana biru nila ni dah pun siap. Konsepnya: "Glamour tak hengat". Boleh gitu? ;p Oleh kerana kainnya adalah kain biru nila plain yang sama, Mahani jahitkan crumble di bahagian labuh baju. Di bahagian lengan, Mahani letakkan seekor ladybird je, memandangkan ada berekor-ekor 'terbang' kat labuh baju. So, Enjoy!
Friday, 13 July 2012
Sulaman Manik 1
Sulaman manik ini dibuat pada lengan baju menggunakan teknik iring/selari dan teknik bunga selasih. Kebiasaannya teknik iring disulam di hujung lengan baju, danuntuk menampakkan sedikit kelainan, Mahani sulamkan di atas kelim lengan dan dihiasi dengan teknik bunga selasih bagi menyerikan lagi teknik yang serba ringkas ini. Busana ini ialah busana ibu mertua Mahani. Sebagai menantu yang prihatin (cewah ;p ) Mahani faham kehendak ibu mertua Mahani yang suka pada keringkasan manik, tak nak glamour, tak nak meriah... Almaklum, orang kampung...nak meriah pun, bukan ada majlis yang grand nak pakai baju mengerlip-ngerlip ni..sama dengan citarasa mak Mahani sendiri. Jadi, Mahani 'play safe' untuk menyulam manik pada busana beliau. Simple and sweet :)
Thursday, 28 June 2012
Crumble Bermotif
Crumble bermotif merupakan teknik crumble yang masih lagi baru dalam dunia manik. Antara ciri crumble sedia ada (seperti scattered crumble dan 3D crumble) ialah menggunakan teknik asas jahitan manik secara jelujur dengan ditambah teknik sokongan seperti teknik selari/iring dan sebagainya. Manakala crumble bermotif menggunakan teknik-teknik baru dengan menggabungkan beberapa teknik asas jahitan manik dalam satu motif. Teknik-teknik ini dicipta oleh pakar sulaman yang berpengalaman lebih 25 tahun lamanya dalam arena ini, iaitu, Puan Syahida Ramli. Beliau merupakan mentor Mhni dalam aktiviti memanik ni.
Kali ini, Maniklista akan memperkenalkan aplikasi teknik penuh crumble bermotif Mutiara dan Ladybird. Moga paparan mini crumble di bawah memberi anda gambaran hasil crumble pada busana anda nanti.
Enjoy! :)
1. Crumble Pearl
2. Crumble Ladybird
Coming soon: Crumble Seaweed, Crumble Marigold, Crumble Sunflower and lots more :)
Subscribe to:
Comments (Atom)



















