Thursday, 26 July 2012

Logo

Maniklista dah ada logo :) Alhamdulillah. Cantik tak?

Crumble Seaweed

Tomorrow : Crumble Seaweed :)

Crumble Seaweed : Motif utama ialah Buran Laut

Bahagian tangan




Friday, 20 July 2012

Crumble ladybird busana biru nila

Alhamdulillah, busana biru nila ni dah pun siap. Konsepnya: "Glamour tak hengat". Boleh gitu? ;p Oleh kerana kainnya adalah kain biru nila plain yang sama, Mahani jahitkan crumble di bahagian labuh baju. Di bahagian lengan, Mahani letakkan seekor ladybird je, memandangkan ada berekor-ekor 'terbang' kat labuh baju. So, Enjoy!



Friday, 13 July 2012

Sulaman Manik 1

Sulaman manik ini dibuat pada lengan baju menggunakan teknik iring/selari dan teknik bunga selasih. Kebiasaannya teknik iring disulam di hujung lengan baju, danuntuk menampakkan sedikit kelainan, Mahani sulamkan di atas kelim lengan dan dihiasi dengan teknik bunga selasih bagi menyerikan lagi teknik yang serba ringkas ini. Busana ini ialah busana ibu mertua Mahani. Sebagai menantu yang prihatin (cewah ;p ) Mahani faham kehendak ibu mertua Mahani yang suka pada keringkasan manik, tak nak glamour, tak nak meriah... Almaklum, orang kampung...nak meriah pun, bukan ada majlis yang grand nak pakai baju mengerlip-ngerlip ni..sama dengan citarasa mak Mahani sendiri. Jadi, Mahani 'play safe' untuk menyulam manik pada busana beliau. Simple and sweet :)