Thursday, 28 June 2012

Crumble Bermotif


Crumble bermotif merupakan teknik crumble yang masih lagi baru dalam dunia manik. Antara ciri crumble sedia ada (seperti scattered crumble dan 3D crumble) ialah  menggunakan teknik asas jahitan manik secara jelujur dengan ditambah teknik sokongan seperti teknik selari/iring dan sebagainya. Manakala crumble bermotif menggunakan teknik-teknik baru dengan menggabungkan beberapa teknik asas jahitan manik dalam satu motif. Teknik-teknik ini dicipta oleh pakar sulaman yang berpengalaman lebih 25 tahun lamanya dalam arena ini, iaitu, Puan Syahida Ramli. Beliau merupakan mentor Mhni dalam aktiviti memanik ni.

Kali ini, Maniklista akan memperkenalkan aplikasi teknik penuh crumble bermotif Mutiara dan Ladybird. Moga paparan mini crumble di bawah memberi anda gambaran hasil crumble pada busana anda nanti.

Enjoy! :)


1. Crumble Pearl






2. Crumble Ladybird





Coming soon: Crumble Seaweed, Crumble Marigold, Crumble Sunflower and lots more :)

Saturday, 16 June 2012

Rezeki

Jom, kita sama-sama baca dan amalkan, moga rezki yang kita perolehi sentiasa diberkati Allah :)

Tuesday, 12 June 2012

Mengenali hasil sulaman manik yang berkualiti

Tahukah anda, ada banyak pemanik di luar sana, masing-masing mempunyai teknik jahitan yang berbeza dan identiti yang tersendiri. Sulaman manik yang cantik bukan saja dapat memukau pandangan mata sesiapa saja yang memandang, malahan ia juga mampu menaikkan lagi seri busana dan pemakainya terutamanya di dalam majlis-majlis formal seperti Annual Dinner ataupun Hari Raya. Namun demikian, sebagai pengguna, kita harus berhati-hati memilih pemanik yang ada kerana jahitan yang tidak kemas akan menyebabkan manik kita terburai jatuh apabila tersangkut pada apa-apa benda. Lebih malang, kalau ianya berlaku kita sedang sibuk menceduk lauk sewaktu makan dalam Majlis Makan Malam. Oh! Spoil je kan? Jadi, kali ini Maniklista ingin berkongsi dengan semua, petua atau tips mengenal jahitan manik yang berkualiti sebagai panduan kepada kita.

  • Jahitan di kelim yang tidak kelihatan dari dalam. Maksudnya, jahitannya disusup ke dalam fabrik dan ianya kelihatan seperti digam.
  • Jahitan yang dimatikan benang setiap satu teknik. Dan BUKANNYA mematikan benang apabila benang sudah pendek atau mematikan benang setiap kali selepas menjahit 5 teknik. Mematikan benang memerlukan dua kali simpulan setiap kalinya.
  • Menggunakan material yang original. Manik pun ada yang original dan tidak. Manik original berkilau, warna yang sekata (apabila diasingkan sebiji dari kumpulannya, manik tetap mempunyai warna yang sama) dan mempunyai saiz yang sama (90% dari sepeket manik yang dibeli)
Justeru, inilah faktor penentuan sesuatu upah yang dikenakan berbeza-beza bagi pemanik walaupun coraknya sama.

Salam perkenalan dari Maniklista

Assalamualaikum dan salam perkenalan dihulurkan buat semua pembaca. Maniklista menawarkan khidmat tempahan manik dan crumble bermotif kepada mereka yang suka pada keindahan busana yang dipakai.

Sebagai pengenalan, Maniklista menawarkan harga promosi kepada 3 orang pelanggan pertama yang menempah crumble bermotif mutiara kejora dengan harga hanya RM300.00 untuk leher dan lengan baju (tertakluk pada terma dan syarat). Cepat rebut peluang keemasan ini! Serikan busana raya tahun ini dengan crumble bermotif mutiara kejora dari Maniklista. Hubungi Mahani melalui emel normahani.ramdani@gmail.com atau sms 017 260 5760 untuk maklumat lanjut.  Jangan ketinggalan!


Contoh Crumble Mutiara Kejora Bintang pada leher.