- Jahitan di kelim yang tidak kelihatan dari dalam. Maksudnya, jahitannya disusup ke dalam fabrik dan ianya kelihatan seperti digam.
- Jahitan yang dimatikan benang setiap satu teknik. Dan BUKANNYA mematikan benang apabila benang sudah pendek atau mematikan benang setiap kali selepas menjahit 5 teknik. Mematikan benang memerlukan dua kali simpulan setiap kalinya.
- Menggunakan material yang original. Manik pun ada yang original dan tidak. Manik original berkilau, warna yang sekata (apabila diasingkan sebiji dari kumpulannya, manik tetap mempunyai warna yang sama) dan mempunyai saiz yang sama (90% dari sepeket manik yang dibeli)
Tuesday, 12 June 2012
Mengenali hasil sulaman manik yang berkualiti
Tahukah anda, ada banyak pemanik di luar sana, masing-masing mempunyai teknik jahitan yang berbeza dan identiti yang tersendiri. Sulaman manik yang cantik bukan saja dapat memukau pandangan mata sesiapa saja yang memandang, malahan ia juga mampu menaikkan lagi seri busana dan pemakainya terutamanya di dalam majlis-majlis formal seperti Annual Dinner ataupun Hari Raya. Namun demikian, sebagai pengguna, kita harus berhati-hati memilih pemanik yang ada kerana jahitan yang tidak kemas akan menyebabkan manik kita terburai jatuh apabila tersangkut pada apa-apa benda. Lebih malang, kalau ianya berlaku kita sedang sibuk menceduk lauk sewaktu makan dalam Majlis Makan Malam. Oh! Spoil je kan? Jadi, kali ini Maniklista ingin berkongsi dengan semua, petua atau tips mengenal jahitan manik yang berkualiti sebagai panduan kepada kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment